Kronologi Penempatan Bangunan PKG Teluk Air Tawar
Bangunan PKG sebelum pengubahsuaian
Pada asalnya PKG Telok Air Tawar berpusat di SJK(C) Chung Hwa Pusat, Butterworth atau Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) No. 12. Disebabkan pertukaran PSPD kepada PKG maka wujudlah PKG Butterworth 1. Kemudian PKG Butterworth 1 telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Senangan dan ditukar nama kepada PKG Telok Air Tawar (PKG TAT) sejak 01 Mac 1992.
Atas
dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkehendakkan PKG mempunyai bangunan
sendiri, maka PKG Telok Air Tawar dipindahkan sekali lagi ke premis baru iaitu
di JKR 1818 A dan JKR 1818 B, Jalan Bagan Belat, Telok Air Tawar 13050
Butterworth. Premis ini merupakan kuarters guru berkembar dua yang tidak
digunakan lagi. Perpindahan PKG Telok Air Tawar ke premis baru berlaku pada 01
Mei 2009.
Lokasi PKG Telok Air tawar yang baru adalah di sebuah
kawasan perkampungan tepi laut yang sememangnya mempunyai sejarahnya
tersendiri. Kebanyakan penduduk di kawasan berketurunan Melayu. Ia adalah
sebuah kawasan pinggir bandar yang sedang pesat membangun yang mempunyai
prasarana yang lengkap. Ini akan membuatkan segala urusan PKG dengan sekolah
ahli berjalan dengan lancar.Proses pengubahsuaian bermula pada bulan Mac 2008
yang melibatkan kos lebih kurang RM 120 000.00 dan ianya siap pada April
2009. PKG Telok Air Tawar mula beroperasi pada 01 Mei 2009.
Jarak PKG ini dengan Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Pulau Pinang ialah 20 km. Manakala jarak PKG dengan Pejabat Pelajaran
Daerah Utara, Kepala Batas ialah 15 km dan dengan Jabatan Pulau Pinang jaraknya
ialah 45 km.
PKG Telok Air adalah bangunan yang diubahsuai. Asalnya
adalah rumah guru berkembar dua bentuk lama bertiang rendah. Kemudian telah
dirobohkan dan dibina semula dengan bentuk baru seperti sekarang. Ia terletak
di perkampungan melayu di Telok Air Tawar. Kawasan Telok Air Tawar letaknya di
tepi laut dan terletak dalam Parlimen Tasek Gelugor, KADUN Telok Air Tawar
dalam Bandar Butterworth.